
Definisi Teknik SumbangSaran
-
Dikenali sebagai Brainstroming, Perah Otak, Pecah Minda dan Percambahan Fikiran.
-
Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia tetap merujuk kepada perkara yang sama dan tidak pernah mengubah kandungan pengertiannya. Perah otak ini adalah kaedah yang paling popular digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.
Kelemahan Teknik Sumbangsaran
1) Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak.
3) Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.
2) Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.
5) Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.
4) Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.
Kaedah dan Kekuatan Teknik Sumbangsaran
-
Sumbangsaran atau percambahan fikiran adalah suatu kaedah untuk mendapatkan seberapa banyak daripada idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang singkat.
-
Kaedah ini juga sering digunakan oleh beberapa organisasi pengurusan yang terkenal sebagai usaha untuk mencapai maklamat organisasi dalam meningkatkan kualiti dan produk mereka.
-
Semasa sesi sumbangsaran ini dijalankan, semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah.
-
Semua pelajar bebas mengeluarkan idea.
-
Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.
-
interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah
-
Manakala pelajar akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka proses P&P dijalankan.
-
Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia todak menjemukan sesi pembelajaran.
-
Bagi menjayakan proses sumbangsaran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-odea yang salah atau tidak benar.

